(*)Fantasia Bulan Madu? Perghh… Kalau dah lama berkahwin, masih boleh ke nak berfantasia bulan madu?
(*)Boleh! Siapa kata, keindahan fantasia bulan madu itu hanya buat anda yang baru menempuh alam perkahwinan sahaja. Tak kisah, berapa pun usia perkahwinan, anda dan pasaangan masih boleh menikmati kemanisan itu. Biarlah ia menjadi fantasia bulan madu yang kali entah ke berapa!
(*)Fantasia bulan madu kali ini adalah salah satu cara untuk mengembalikan semula kehangatan rumahtangga anda suami isteri. Biarpun agak berbeza dengan saat-saat indah bulan madu yang pertama dulu, namun itu bukan alasan untuk anda melupakan bahawa anda dan pasangan memerlukan ruang ini untuk perhubungan yang lebih harmoni.
(*)Bagi anda yang merancang untuk kembali menghangatkan rumahtangga dengan berbulan madu, semak beberapa tips berguna ini. Ada beberapa persediaan yang perlu anda buat.
1.Pastikan Anak-Anak Ada Yang Menjaganya
(*)Meninggalkan anak-anak di bawah jagaan yang selamat merupakan hal yang sangat penting supaya anda dan suami dapat menikmati bulan madu dengan sebaiknya. Pastikan orang yang anda dan pasangan amanahkan untuk menjaga anak-anak anda buat seketika itu boleh dipercayai. Situasi yang tenang akan membuatkan anda dan suami dapat menikmati momen indah fantasia bulan madu tersebut dengan penuh kebahagiaan.
2. Semak Jadual ‘Period’
(*)Penting tau! Dah semangat sangat nak ‘honeymoon’, tak ‘best’ lah kan, tetiba ‘bendera merah’!. Jadi, sebelum anda merancang tarikh percutian tersebut, ada baiknya anda menyemak kembali jadual ‘period’. Jangan rosakkan semua momen-momen indah tersebut dengan emosi anda yang tidak stabil, gara-gara PMS! (pre-menstruasi syndrom)
3. Pilihlah Destinasi Yang Penuh Dengan Kenangan Bersama
(*)Selalunya setiap pasangan mempunyai tempat ‘favourite’ atau sejarah masing-masing. Untuk itu, ada baiknya anda dan pasangan berbincang, dan pilihlah destinasi yang mengimbau kembali momen-momen manis anda berdua bagi menghangatkan kembali hubungan tersebut.
4.Lupakan Seketika Hal-Hal Yang Berkaitan Dengan Kerja!
(*)Walaupun mungkin pada saat ini, kesibukan kerja anda dan suami sedang mengunung tinggi, tetapi anda tetap perlu melupakannya buat seketika. Jangan biarkan soal kerja dan sebagainya membuatkan anda atau pasangan hilang fokus di antara satu sama lain. Ini akan membuatkan fantasia bulan madu yang anda impikan dengan penuh kemanisan bakal berakhir dengan pergaduhan!
EmoticonEmoticon