Saturday 23 April 2016

Cara Untuk Mencegah Ruam Bayi

Tags


(*)Ruam Bayi. Ia adalah masalah biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi dalam pelbagai situasi.


(*)Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Namun, ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan rawatan perubatan.Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan pantas, manakala ada daripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh dengan cepat dan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh.

Jenis Ruam Bayi

(*)Ruam panas.
(*)Ekzema (inflamasi kulit secara superficial).
(*)Kaligata (Urticaria).
(*)Ruam alahan.
(*)Kontak dermatitis.
(*)Jangkitan kulat seperti panau dan kurap.
(*)Jangkitan seperti demam disebabkan virus, campak, rubella, virus yang tidak khusus dan demam denggi.
(*)Ruam lampin.
(*)Sengatan dan gigitan.

(*)Tanda dan gejala ruam ialah ruam ini biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal. Ruam yang serius boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan.

Punca Ruam Bayi

1. Alahan Susu Lembu

(*)Ruam susu ataupun ekzema kebiasaannya lebih banyak berlaku kepada bayi yang diberikan susu formula. Keadaan ini disebabkan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu berasaskan protein lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada pada peringkat usia yang masih muda.


2. Susu Ibu

(*)Susu ibu adalah makanan dan jika dibiarkan pada kulit terlalu lama, ia akan menyebabkan berlakunya tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak pada bahagian yang tidak dibersihkan. Si ibu perlu membersihkan segera segala baki susu yang terdapat di pipi bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini.



3. Faktor Genetik

(*)Ruam tidak akan berlaku dengan begitu saja kerana ia tetap memerlukan pencetus bagi memberikan lebih ‘kekuatan’ untuk ‘tumbuh’ dan biasanya masalah ini berpunca daripada faktor genetik ataupun secara semula jadi iaitu bayi terbabit dilahirkan dengan potensi mengalami ekzema. Disebabkan itu, ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diambil dan diberikan kepada bayi selamat untuk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka.



4. Alahan Bayi

(*)Masalah ruam susu yang berlaku dalam kalangan bayi ini juga dianggap sebagai alahan terhadap susu yang diambil tidak kira sama ada melalui susu ibu atau susu formula. Jika keadaan ini berlaku, biasanya ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sepenuhnya atau terpaksa mencampur susu.



Bagaimanakah Ruam Boleh Dirawat?

(*)Rawatan bergantung kepada jenis ruam kulit. Kebanyakan ruam yang disebabkan oleh virus akan hilang secara semulajadi.
(*)Rawatan diberi bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak.
(*)Dengan berjumpa doktor dapat mengenalpasti jenis ruam dan rawatan khusus boleh diberi.
(*)Pakai pakaian yang sesuai dan mandikan bayi lebih kerap.


Tips Menghilangkan Rasa Gatal Ruam

(*)Hindari keadaan panas dan lembab.
(*)Mandi dengan air sejuk dan jangan menggunakan sabun tetapi gunakan pelembab atau krim berminyak sebagai ganti.
(*)Gunakan pakaian yang sejuk dan kering di tempat yang gatal.
(*)Sapukan losen ‘calamine’ pada ruam.
(*)Mengambil ubat ‘antihistamine’ seperti yang diberi oleh doktor.


Bagaimanakah Ruam Boleh Dicegah?

(*)Bagi bayi yang mempunyai alahan kulit, cuba hindari daripada bahan-bahan yang menyebabkan alahan.
(*)Bagi ekzema, elakkan guna sabun kerana akan menyebabkan kulit kering.
(*)Gunakan pelembab atau bahan berminyak.
(*)Jangan gunakan pakaian tebal bagi bayi.
(*)Jika ruam disebabkan oleh alahan makanan, cuba elakkan makanan yang menyebabkan alahan.


EmoticonEmoticon