Monday 25 April 2016

Cara Buat Biskut Pepero Homemade

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1 biji kuning telur
(*)1 biji putih telur
(*)3 1/2 oz milk chocolate
(*)1 oz white chocolate
(*)1/4 cawan susu pekat manis
(*)2 sudu besar gula
(*)1/8 sudu kecil garam
(*)1/4 cawan mentega
(*)2 sudu besar air
(*)1 1/2 cawan tepung
(*)1/2 sudu kecil baking powder

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan. Satukan tepung, gula, baking powder dan garam. Gaul hingga sebati.

(*)2. Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.

(*)3. Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi. Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.

(*)4. Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.

(*)5. Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari. Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.

(*)6. Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius. Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.

(*)7. Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler. Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.

(*)8. Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.


EmoticonEmoticon