Thursday, 28 April 2016

6 Cara Miliki Kulit Putih Gebu Gebas

Tags


(**)Kulit Putih Gebu. Tentu sahaja anda mahu sentiasa nampak cantik di mata sesiapa sahaja yang melihat anda.


(**)Apatah lagi, jika anda memiliki wajah cantik semulajadi yang akan membuatkan anda tidak perlu ‘ melukis’ wajah dengan menggunakan pelbagai jenis kosmetik.Untuk mendapatkan kulit putih gebu, anda bukan sahaja perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, tetapi ada beberapa perkara yang harus anda lakukan sebagai pelengkap tambahan untuk mempercantikan lagi wajah anda.



(**)Berikut beberapa tips semulajadi untuk kelihatan lebih cantik dengan kulit putih gebu yang patut anda cuba.

(**)Pilih Makanan Berkhasiat
(**)Makanlah makanan yang kaya dengan klorofil dan mineral. Misalnya, sayur-sayuran berdaun hijau yang sangat baik untuk menangkal radikal bebas dan meregenerasi kulit anda. Selain itu, anda juga boleh mengambil lobak merah yang akan membuatkan kulit anda menjadi halus, lembut dan putih gebu. Manfaat lain yang anda akan dapat jika memakan sayur-sayuran hijau ialah rambut lebih sihat, kuku jadi kuat dan kulit juga akan menjadi lebih cerah.



(**)Pastikan Sarapan Anda Sihat
(**)Sediakan semangkuk bijirin untuk sarapan pagi anda yang terdiri daripada kacang-kacangan, gandum dan barli. Di samping itu, anda juga boleh tambah dengan beberapa buah-buahan segar atau ‘berry smoothie’. Khasiatnya sangat berguna untuk kecantikan kulit anda.



(**)Detoks Tubuh
(**)Jika anda ingin melakukan detoks atau nyahtoksin (pembersihan racun pada tubuh), anda boleh menggunakan jus yang diperbuat daripada campuran lobak merah, buah bit, seledri dan epal hijau.



(**)Masker Wajah Semulajadi
(**)Gunakan masker yang anda buat sendiri daripada yoghurt semulajadi yang ditambahkan dengan sedikit madu. Kemudian sapukan pada wajah, biarkan seketika sebelum dibersihkan.



(**)Mata Sembab & Letih
(**)Jika mata anda nampak sembab dan letih, segarkan mata anda dengan beberapa hirisan daripada mentimun selama beberapa minit. Ini akan membuat mata anda kembali segar.



(**)Bibir Pink Semulajadi
(**)Untuk mendapatkan bibir yang indah, anda boleh mengoleskan beberapa campuran madu dan minyak zaitun sebelum tidur untuk membuat bibir tampak merah semulajadi.

1 comments so far

Jangan lupa rutin merawat wajah menggunakan skin care yang tepat. Seperti Tabita skin care yg sudah terbukti ampuh untuk membuat kulit selalu tampak glowing berseri.


EmoticonEmoticon