(*)Kulit Kusam. Mempunyai kulit wajah yang putih, cantik, sihat berseri adalah dambaan semua wanita di dunia. Sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan banyak wang hanya untuk rawatan kulit sihat berseri dan sedap di pandang mata.
(*)Wajah yang kelihatan kusam merupakan salah satu masalah kulit wajah yang sering dialami wanita. Ia berlaku apabila timbunan sel mati berada di permukaan wajah. Apabila sel mati ini berkumpul di wajah kita, ia menyebabkan kulit kita kelihatan kusam dan boleh menjejaskan penampilan kita.
(*)Kenapa kulit kelihatan kusam?
Stress
(*)Stress adalah salah satu gangguan psikologi yang sering menyerang siapa saja. Stress boleh menyebabkan kelenjar dalam tubuh mengawal emosi akan meningkat sehingga mempengaruhi wajah mudah berjerawat, kelihatan kulit kusam, psoriasis (sejenis penyakit dimana kulit mengalami proses pergantian terlalu cepat), eczema (eksim), gatal-gatal juga bintik-bintik merah.
Pengambilan minuman beralkohol
(*)Kandungan yang terdapat dalam pelbagai jenis minuman beralkohol juga menjadi salah satu penyebab wajah kelihatantidak sihat. Minuman beralkohol akan menyebabkan kulit kusam, kelihatan lebih kering dan cepat berkedut.
Kurang waktu rehat
(*)Waktu rehat dan tidur yang tidak teratur dapat mempengaruhi wajah kelihatan lebih tegang dan kusam. Kulit wajah memerlukan masa rehat yang cukup seperti anggota badan lain, guna untuk pertumbuhan semula pembentukan sel-sel kulit yang baru dan membuang sel kulit yang telah mati.
Diet yang tidak sihat
(*)Program diet yang dilaksanakan tidak teratur, tidak sihat dan tidak seimbang, sehingga tubuh kekurangan pengambilan tenaga dan nutrisi yang penting bagi wajah mahupun tubuh itu sendiri.
Merokok
(*)Merokok adalah salah satu punca kepada gangguan kesihatan fizikal dan mental. Sebuah kajian mendedahkan bahawa wanita yang merokok akan kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usianya. Merokok juga akan menjadi kulit wajah kelihatan lebih kusam dan kotor, sehingga meninggalkan wajah dengan banyak noda hitam.
Kesan produk kecantikan
(*)Produk kecantikan kini banyak mengandungi merkuri, alkohol dan campuran bahan kimia lain yang memberi kesan pada warna kulit kelihatan lebih hitam, ada yang berjerawat dan kulit wajah ada yang mengelupas kemerahan. Anda seharusnya memilih produk kecantikan yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda.
Waktu tidur tidak teratur
(*)Kekurangan waktu tidur akan membuat tubuh menghasilkan hormon stress. Hormon stress yang dihasilkan akan menyebabkan kemunculan jerawat, lingkaran hitam disekitar mata, membuat warna kulit kelihatan lebih membosankan, dan membengkak serta badan terasa kurang darah.
Tips mengatasi masalah kulit kusam
Minyak zaitun
(*)Kandungan Vitamin E yag terdapat pada minyak zaitun dapat menjadi antioksidan alami yang dapat menangkal oksidasi yang merosakkan sel. Oleh itu, anda disarankan mengambil minyak zaitun dan sapukan perlahan pada wajah anda. Biarkan seketika dan bersihkan bersama pencuci muka anda.
Makanan
(*)Anda disarankan mengambil makanan yang berkhasiat, seperti sayur-sayuran hijau serta buah-buahan yang segar. Untuk pengetahuan anda, makanan boleh mempengaruhi keadaan wajah anda.
Masker
(*)Masker berfungsi untuk mengelupas sel-sel mati dan mecerahkan kulit. Anda boleh menggunakan masker seperti yogurt, lemon, dan tomato. Tetapi jika anda malas membuat masker sendiri, anda juga boleh membelinya di farmasi.
Banyakkan pengambilan air
(*)Air menjaga kesihatan tubuh dan mencegah kulit kusam dan kering. Anda disarankan untuk mengambil 8 gelas sehari air kosong.
EmoticonEmoticon