Thursday 10 March 2016

Tips Pulihkan Diri Selepas Bersalin Cara Bedah

Tags


1. [-]Bahagikan Tugas & Tanggungjawab

(*)Sejak hamil, sebaiknya anda sudah mendelegasikan tugas pada pasangan ataupun sesiapa sahaja yang anda yakin boleh membantu anda. Jika kehamilan buat kali kedua ataupun ketiga dan sebagainya, mintalah suami anda menguruskan anak-anak yang lain. Sementara itu anda boleh fokus pada bayi yang baru anda lahirkan itu. Ada juga perlu tetap aktif, tapi anda perlu luangkan waktu untuk beristirahat. Ada juga tidak digalakkan mengangkat atau menarik objek-objek berat atau melakukan kerja-kerja yang berhabuk.


2. [-]Usah Mengangkat Beban Berat

(*)Boleh sahaja anda hendak mengangkat barang, tetapi pastikan ia tidak melebihi berat bayi anda, sekurang-kurangnya enam minggu. Tujuannya, supaya otot-otot perut anda mempunyai waktu untuk sembuh. Bahkan perut anda juga tidak akan jadi terlalu tegang jika anda bangun dengan mengering ke sisi terlebih dahulu, sambil menarik lutut anda ke arah dada. Setelah itu, duduk dan gunakan tangan untuk membantu anda berdiri.


3. [-]Jangan Lupa Untuk Ketawa

(*)Sebenarnya otot perut ini sangat aktif dan ramai yang tidak tahu ataupun menyedarinya sehinggalah menjalani sesuatu pembedahan. Untuk mengurangi rasa ngilu atau perit, gunakan bantal yang lembut pada perut selama beberapa hari pertama atau lebih jika anda memerlukannya. Kemudian cubalah untuk batuk, ketawa, menyusukan bayi anda serta membuang air.


4. [-]Lakukan Senaman Ringan

(*)Jika cara bersalin anda melalui teknik pembedahan, tentulah anda hanya akan boleh duduk dan baring sahaja pada hari pertama. Namun, anda boleh ‘curi-curi’ untuk melakukan senaman dasar punggung anda atau senaman kegel yang ringkas. Senaman ini sangat berguna untuk memperbaiki otot-otot vagina. Memang pada mulanya anda akan rasa seperti tidak selesa, tetapi senaman ini juga akan membantu anda menyokong pinggang dan perut anda.


5. [-]Kepentingan Air & Serat

(*)Supaya anda lebih mudah ketika membuang air, minumlah air secukupnya dan makan buah-buahan untuk membantu membuatkan menjadi lebih mudah apabila membuang air besar. Untuk mengurangkan rasa kembung dan sakit ketika kentut, hindari pengambilan minuman berkarbonat . Sebagai pengganti, anda boleh minum teh peppermint. Pengambilan makanan berkhasiat turut membantu anda mendapatkan energi.


6. [-]Relaks & Kawal Emosi

(*)Kehadiran bayi, tentunya akan menyukarkan anda untuk meluangkan waktu buat diri sendiri. Apa yang boleh anda lakukan, mintalah bantuan sesiapa sahaja yang rapat dengan anda untuk membantu anda menguruskan rumah. Pastikan ketika bayi anda tidur, anda juga mencuri waktu untuk beristirahat. Cuba angkat kaki anda ke atas untuk mengurangi ketegangan pada otot-otot perut dan membiarkannya pulih.

(*)Selain itu, setelah bersalin bukan sahaja fizikal anda yang perlukan pemulihan. Malahan, emosi anda juga. Keletihan, kurang tidur, depresi adalah di antara efek yang bakal anda alami selepas melahirkan. Jangan simpan atau memendam sebarang emosi yang tidak menyenangkan. Sebaliknya cuba luahkan pada pasangan atau mereka yang anda percayai.


7. [-]Betulkan Posisi, Selalu Tegak!

(*)Duduk atau berdiri tegak akan membuatkan anda berasa jahitan di perut anda seperti mahu ‘tetas’ atau terbuka. Tetapi, bertenang ok. Jahitan tersebut tidak akan terlepas. Jadi, meskipun anda mahu membongkok untuk melindungi perut, cubalah untuk meluruskannya kembali secara perlahan-ahan untuk meregang dan menguatkan otot-otot perut sekalgus melindungi pinggang.


EmoticonEmoticon