Monday 21 March 2016

Tips Pilih BB Cream Mengikut Tona Kulit Anda

Tags


Fungsi BB Cream

(*)BB Cream bergungsi sebagai bedak asa di mana ia akan membuatkan mekap kelihatan sempurna dan wajah tidak berminyak.

(*)Kandungan SPF-15 yang terdapat pada krim ini dapat melindungi kulit dari sinar UV yang boleh menyebabkan bintik hitam pada wajah.

(*)Menutrisikan dan menghaluskan kulit.

(*)Membaiki kuit dan melindunginya daripada bahan kimia yang berbahaya.


Kebaikan BB Cream

(*)Kulit lebih halus dan sihat serta bercahaya di mana setiap kali kita menggunakannya, ia bekerja sebagai lapisan yang melindungi serta berfungsi sebagai oil control dan juga memberikan kelembapan pada kulit.

(*)Kandungan dalam BB Cream yang alami seperti Hazel, Aloe dan Caviar Extract membantu regenerasi kulit dan mengecilkan pori-pori.

(*)BB Cream memiliki fungsi untuk melawan sinar UV dan pencemaran udara yang merosakkan lingkungan sehingga menjadikan kulit tetap sihat.


Tips Memilih BB Cream

(*)Jika anda memiliki kulit berminyak, sebaiknya pilihlah produk BB cream dengan kandungan minyak yang tidak berlebihan. Ini kerana dapat menyebabkan wajah tambah berminyak dan juga kelihatan berkilat serta menjadi perangkap pori-pori dalam penyumbatan kotoran-kotoran dan bakteria.

(*)Apabila anda sering berada di luar, sebaiknya anda memilih BB cream yang kandungan SPF-nya lebih tinggi. Ia bertujuan untuk memberikan perlindungan lebih sehingga tidak akan membuat kulit wajah menjadi bertambah gelap dan tidak rata.

(*)Pilih BB cream dengan warna yang agak cerah. Kemudian tambahkan bedak dengan warna yang agak gelap jika kulit wajah anda gelap supaya kelihatan lebih natural.

(*)Jika kulit anda normal, pilihlah produk BB cream yang memiliki kandungan untuk kulit normal kerana SPF-nya memiliki kandungan minyak yang tidak terlalu banyak.

(*)Jika kulit bermasalah dengan jerawat, sebaiknya pilih produk BB cream yang terdapat pelembab dan vitamin kerana akan melembabkan kulit wajah serta kandungan vitamin yang terdapat di dalamnya dapat mengurangkan jerawat.


EmoticonEmoticon