Saturday 5 March 2016

Senaman Untuk Mengatasi Sakit Lutut Dan Petua Untuk Meredakan Sakit Lutut

Tags


Senaman Ringkas Sakit Lutut

(^)Pastikan anda melakukan ‘warm up’ sebelum senaman. Antara yang boleh dilakukan ialah cycling dalam masa 5 minit, berjalan selama 2 minit, atau lakukan wall push-up selama 15-20 minit setiap sesi.

(^)Kemudian,baring di atas lantai dan bengkokkan sebelah kaki (pastikan tapak kaki flat atas lantai). Kaki sebelah lagi diangkat ke ketinggian sama paras dengan lutut sebelah. Ulang selama 10-15 minit dan lakukan senaman ini 3 sets.

(^)Seterusnya,berdiri sambil memegang kerusi (di bahagian belakang). Angkat sebelah kaki anda ke arah punggung anda sejauh yang boleh dan kekalkan kedudukan itu selama beberapa minit. Lakukan senaman ini selama 15 minit sebanyak 3 sets.

(^)Baring secara meniarap dan letakkan kedua-dua kaki dalam keadaan lurus. Kemudian,angkat sebelah kaki anda selama 3-5 saat, turunkan, dan ulang semula. Lakukan sebanyak 10-15 kali dan diikuti dengan kaki sebelah lagi.

(^)Berdiri pada kedudukan menyandar pada dinding dan pastikan tapak kaki dijarakkan sedikit. Dengan perlahan-lahan, bengkokkan lutut anda (punggung dan belakang anda masih menyandar pada dinding), dan biarkan pada posisi ini selama 5-10 saat. Ulang semula dan cuba untuk berada dalam posisi tersebut dalam tempoh lebih lama pada setiap set.

(^)Anda boleh lakukan aktiviti ini di anak tangga. Pegang pada birai tangga dengan kedudukan tumit anda sedikit tergantung pada hujung anak tangga. Dengan perlahan, naikkan tumit anda setinggi yang boleh, kemudian turunkan. Ulang selama 10-15 minit sebanyak 3 sets.

(^)Anda bolehlah cuba untuk melakukan senaman ringkas ini tetapi jangan terlampau memaksa diri. Lakukan mengikut kemampuan diri anda.



Petua Meredakan Sakit Lutut

(^)Anda juga boleh memanaskan sendi dengan cara menggunakan air suam dalam botol atau pad atau juga mandi dengan menggunakan air suam selama 20 minit sekali untuk beberapa kali sehari. Ia membantu meredakan kesakitan.

(^)Ubat penahan sakit atau ubat anti radang sangat membantu mereda dan menghilangkan kesakitan sakit lutut. Krim panas juga boleh meredakan kesakitan.


EmoticonEmoticon