Saturday, 12 March 2016

Resepi Wantan Sedap

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)1 paket kulit wantan
(*)Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN INTI IALAH:

(*)250gm isi ayam | dipotong dadu
(*)½ tin cendawan butang | dihiris
(*)1 biji bawang besar
(*)2 ulas bawang putih
(*)1 biji lada Benggala merah
(*)1 biji lada Benggala hijau
(*)½ biji timun jepun
(*)Herba thyme secukupnya
(*)Lada sulah secukupnya
(*)Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan herba thyme sehingga naik bau.

(*)2. Kemudian masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam sedikit empuk.

(*)3. Seterusnya masukkan cendawan butang, lada Benggala dan timun jepun. Perasakan secukupnya. Biarkan masak sempurna.

(*)4. Setelah itu, sudu inti di atas sekeping kulit wantan. Bunjutkan dan diikat kemas dengan daun bawang.

(*)5. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng wantan sehingga kuning keemasan.


EmoticonEmoticon