Friday, 11 March 2016

Resepi Udang Galah Bercili Lazat

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)5 ekor udang galah bersaiz sederhana
(*)1 biji telur
(*)1 biji bawang besar | dimayang
(*)3 ulas bawang putih | dicincang halus
(*)6 tangkai cili padi merah | dipotong kecil
(*)Sos tiram secukupnya
(*)Sos ikan secukupnya
(*)Sup ketam secukupnya
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Minyak untuk menumis

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga wangi.

(*)2. Kemudian masukkan cili padi merah dan sup ketam. Kacau rata dan biarkan mendidih.

(*)3. Setelah itu masukkan pula sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati.

(*)4. Seterusnya tuangkan telur yang dipukul sebati dan perasakan secukupnya.

(*)5. Masukkan udang dan biarkan sehingga masak sempurna.

(*)6. Akhir sekali, tutupkan api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih dan telur dadar.


EmoticonEmoticon