Sunday 27 March 2016

Resepi Tart kentang Lazat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)5 biji kentang – dikupas, basuh bersih dan diparut halus
(*)1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
(*)1/2 biji bawang besar juga diparut
(*)sedikit potongan daun bawang
(*)2 batang crab stick/hot dog dipotong kecil
(*)1/4 cawan susu segar
(*)3 biji telur
(*)1 packet mozzarella cheese
(*)garam dan serbuk lada putih secukup rasa
(*)2 sudu besar tepung jagung
(*)Serbuk Lada Hitam

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.

(*)2. Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati.

(*)3. Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.

(*)4. Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.

(*)5. Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.


EmoticonEmoticon