BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)2 keping isi ikan merah ] bersihkan
(*)2 sudu besar sos tiram
(*)5cm halia ] hiris nipis
(*)1 ulas bawang putih ] mayang
(*)2 ulas bawang merah ] mayang
(*)350gm labu air atau lobak merah ] dadu besar
(*)1 sudu makan sos ikan
(*)1 kiub pati ikan bilis
(*)1 batang kulit kayu manis
(*)5 biji lada putih ] hancurkan
(*)2 biji buah pelaga
(*)1 biji bunga lawang
(*)400ml air
(*)Sedikit daun sup dan daun bawang ] hiris
(*)Sedikit bawang goreng
(*)Garam secukupnya
(*)Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada putih hingga terbit wangi.
(*)2. Masukkan labu air bersama air, sos ikan, hirisan halia dan kiub pati bilis. Biarkan ia mendidih. Kacau perlahan-lahan.
(*)3. Biarkan ia mereneh sekitar lima minit. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.
(*)4. Lumur ikan dengan sos tiram dan goreng (cukup sekadar melayur dengan mentega) sehingga masak. Letakkan di atas sup tadi.
EmoticonEmoticon