BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(Bebola ayam)
(*)300 gram isi ayam | dipotong dadu
(*)2 ulas bawang putih | di tumbuk halus
(*)3 sudu besar tepung ubi
(*)1 biji telur
(*)½ inci halia | ditumbuk halus
(*)1 sudu teh lada sula
(*)½ sudu teh garam
(*)Sedikit hirisan daun bawang
(Sup)
(*)4 biji kentang saiz sederhana | dipotong empat
(*)1 batang lobak merah | dipotong tiga
(*)1 bunjut rempah sup
(*)1 ketul kiub ayam
(*)1 sudu teh lada hitam | ditumbuk halus
(*)4 biji bawang merah, hiris
(*)2 ulas bawang putih, dicincang
(*)½ inci halia| diketuk
(*)Garam secukup rasa
(*)Air secukupnya
(*)1 batang kayu manis*
(*)1 kuntum bunga lawang*
(*)5 kuntum bunga cengkih*
(*)2 biji buah pelaga*
(*)Hirisan daun sup/daun bawang
(*)Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(Bebola ayam)
(*)1.Kisar isi ayam sehingga halus dan masukkan semua bahan yang lain.
(*)2.Gaul sehingga dunan menjadi kental dan rehatkan sebentar.
(*)3.Bentukkan bebola sehingga siap dan ketepikan.
(Sup)
(*)1.Tumis rempah tumis yang bertanda * bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah.
(*)2.Biarkan seketika dan masukkan air. Apabila sup sudah mereneh, masukkan bebola ayam, kiub ayam dan rempah sup.
(*)3.Apabila sudah masak, masukkan lada hitam dan diperasakan secukupnya.
(*)4.Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
EmoticonEmoticon