Wednesday 23 March 2016

Resepi Sotong Telur Masin Lazat

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)500gm sotong bersaiz sederhana
(*)10 tangkai cili kering (dipotong)
(*)5 tangkai cili padi (dipotong)
(*)7 helai daun kari
(*)Butter
(*)Seulas bawang putih
(*)Susu sejat
(*)2 biji kuning telur masin (dilenyek)
(*)Sedikit garam


Cara memasaknya ialah:

(*)Masakkan sotong anda sehingga ia betul-betul masak. Selepas ia masak, tos dan ketepikan.

(*)Panaskan butter sehingga cair, tumiskan bawang putih, cili padi, cili kering dan daun kari sehingga naik bau.

(*)Masukkan susu sejat bersama kuning telur masin yang sudah dilenyek.

(*)Tambahkan garam secukup rasa.

(*)Kemudian, masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga kuah kering.

(*)Setelah masak, hiaskan hidangan anda mengikut kreativiti dan hidangkan bersama nasi panas.


EmoticonEmoticon