Monday, 28 March 2016

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup

Tags


Bahan-bahannya ialah :

(*)4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
(*)1 cawan kecil tepung gandum
(*)1/2 cawan kecil tepung jagung
(*)3 sudu besar tepung beras
(*)Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
(*)Serbuk lada putih secukupnya
(*)Serbuk lada hitam secukupnya
(*)Serbuk kunyit secukupnya
(*)Sebiji telur dipukul sedikit
(*)Minyak untuk menggoreng


Cara Memasaknya ialah :

(*)1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam

(*)2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

(*)3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.

(*)4. Panaskan minyak.

(*)5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.

(*)6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.

(*)7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.


Tips Penting :

(*)1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.

(*)2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.

(*)3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.

(*)4. Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)

(*)5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.


EmoticonEmoticon