Bahan-Bahannya ialah:
(*)1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
(*)100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
(*)2 sb minyak – untuk menumis
(*)Garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:
(*)5 ulas bawang merah
(*)3 ulas bawang putih
(*)3 cm halia muda
(*)2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus ialah:
(*)1/2 kuntum bunga kantan
(*)2 helai daun limau purut
(*)4 – 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos ialah:
(*)2 sb cili kisar
(*)1 sb sos tomato
(*)2 sb sos cili
(*)2 sb sos plum – guna sos ikan
(*)2 sb gula pasir
(*)1 sb jus limau nipis/lemon
(*)1 sk kicap manis
Cara Memasaknya ialah:
(*)1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.
(*)2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
(*)3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
(*)4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
(*)5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
(*)6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
EmoticonEmoticon