Monday, 28 March 2016

Resepi Sambal Tumis Sotong Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)500 gram sotong
(*)1 batang serai, diketuk
(*)1 biji bawang besar, hiris nipis
(*)2 senduk minyak masak
(*)1 sudu besar sos tiram
(*)1/2 cawan air asam jawa
(*)Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk cili kisar ialah:

(*)15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
(*)3 ulas bawang merah
(*)5 ulas bawang putih
(*)1 batang serai, hiris nipis
(*)1 inci halia
(*)1 biji bawang besar

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Bersihkan sotong dan ketepikan.

(*)2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.

(*)3. Masukkan cili kisar dan masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak.

(*)4. Selalu kacau kuah sambal supaya bahagian bawah tidak berkerak dan hangit.

(*)5. Masukkan sotong, sos tiram, dan air asam jawa. Kacau dan biarkan sehingga sotong masak.

(*)6. Apabila kuah sudah menjadi pekat, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.


EmoticonEmoticon