BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)250gm ikan bilis ] buang kepala dan kopek dua
(*)10 biji cili padi ] kisar
(*)3 biji cili merah ] kisar
(*)1 biji bawang besar ] mayang
(*)2 ulas bawang putih ] mayang
(*)2.5cm belacan
(*)1 biji limau kasturi
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
(*)2. Tumis bawang besar, bawang putih dan belacan. Kacau sebati sehingga naik bau. Angkat, tos dan ketepikan.
(*)3. Tumis cili padi dan cili merah. Angkat, tos dan ketepikan.
(*)4. Kemudian tumbuk semua bahan yang telah digoreng kecuali ikan bilis hingga agak lumat.
(*)5. Masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Perah sedikit limau kasturi. Perasakan garam dan gula secukup rasa.
(*)6. Sedia dinikmati.
EmoticonEmoticon