Sunday 20 March 2016

Resepi Rendang Kerang Kebenaran !!!

Tags


Bahan-bahannya ialah :

(*)2 cawan isi kerang

(*)2 sudu besar rempah kari

(*)½ cawan santan pekat

(*)1 cawan air

(*)1 keping asam keping

(*)1 helai daun kunyit – dihiris halus

(*)1 helai daun limau purut

(*)2 sudu  besar kerisik

(*)sedikit garam dan gula

(*)3 sudu cili kering yang sudah dikisar



Bahan-Bahan untuk dikisar ialah :

(*)4 biji bawang merah

(*)1 biji bawang putih

(*)½ inci halia

(*)½ inci kunyit hidup

(*)2 batang serai (dimesin halus)



Cara Membuatnya ialah:


(*)Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.

(*)Kemudian masukkan cili , biarkan garing seketika.

(*)Masukkan pula rempah kari dan sedikit air.

(*)Goreng lagi sehingga pecah minyak dan masukkan santan.

(*)Biarkan sampai mendidih, sambil ‘kacau-kacau’ dan masukkan kerisik.

(*)Biarkan kuah tersebut pekat sedikit, masukkan  asam keping, daun limau purut dan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.

(*)Kemudian masukkan isi kerang  dan gaul hingga sebati.

(*)Jika  mahu berkuah, tambahkan sedikit air. Terpulang kepada citarasa sendiri, sama ada mahu kering atau pun berkuah sedikit.


EmoticonEmoticon