Friday, 25 March 2016

Resepi Puding Roti Sos Kastard Lazat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Puding Roti –

(*)4 keping roti – dikoyak kecil-kecil
(*)1 tin susu cair (375 mL)
(*)2 biji telur
(*)4 sudu besar gula
(*)1 sudu kecil esen vanilla
(*)2 sudu besar butter
(*)Sedikit kismis

Sos Kastard ialah –

(*)400ml susu segar (low fat)
(*)2 sudu besar kastad
(*)1 1/2 sudu besar gula perang lembut
(*)1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuatnya ialah:

Puding Roti ialah –

(*)1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan pukul hingga sekata. Tambahkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.

(*)2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.

(*)3. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan dengan sos kastard.


Sos Kastard ialah –

(*)1. Campurkan semua bahan, susu, kastad, gula perang, esen vanilla.

(*)2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.

(*)3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.

(*)4. Tuangkan sos kastard ke atas puding roti yang telah disejukkan tadi. Hidangkan.


EmoticonEmoticon