Bahan-Bahannya ialah:
Base –
(*)110g butter, di cairkan
(*)200g digestive biscuits
(*)100g oreo di hancurkan, optional
(*)50g almond flakes, di panggang
(*)2 sb brown sugar
Filling –
(*)500g cream cheese
(*)30g butter
(*)129g gula kaster
(*)1 biji parutan kulit lemon
(*)1 biji jus lemon
(*)30g tepung jagung, di ayak
(*)300ml UHT whipping cream
(*)4 biji telur
(*)150g blueberry pie filling
Cara Membuatnya ialah:
Buat Base –
(*)1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
(*)2. Sediakan loose base tin bersaiz 9′. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
(*)3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.
Buat Filling –
(*)1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.
(*)2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.
(*)3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
(*)4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.
(*)5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.
(*)6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.
(*)7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.
EmoticonEmoticon