Bahan-Bahannya ialah:
(*)1 cawan santan pekat
(*)1 cawan gula merah
(*)2 sb gula pasir
(*)1 cawan air
(*)2 cawan santan
(*)1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
(*)Beberapa helai daun pandan disimpul
(*)Secubit garam
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sb lebihan minyaknya dalam kuali.
(*)2. Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.
(*)3. Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.
(*)4. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tidak bergentel nanti.
(*)5. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.
(*)6. Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.
EmoticonEmoticon