Monday 28 March 2016

Resepi Kuih Cakar Ayam

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)300 gm gula merah
(*)1 kilo @ 1/2 kilo keledek yang dikupas kulitnya
(*)1 sudu kecil kapur makan
(*)Air
(*)Minyak masak

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Kukur keledek hingga halus dan berbentuk seperti tali. Masukkan keledek tadi ke dalam air kapur selama 1 jam.

(*)2. Setelah cukup 1 jam keluar dan toskan sehingga kering. Setelah kering gorengkannya di dalam minyak yang panas.

(*)3. Sementara itu campurkan gula merah dan air di dalam kuali yang berasingan. Biarkannya sehingga gula merah tersebut cair dan larut di dalam air tersebut.

(*)4. Kemudian masukkan keledek yang digoreng tadi ke dalam gula merah. Gaulkan sehingga rata dan sebati.

(*)5. Kemudian, setelah sebati angkat dan masukkan ke dalam acuannya yang berbentuk bulat. Jangan lupa untuk menekannya sehingga padat.

(*)6. Akhir sekali sejukkannya. Anda harus menyimpannya di dalam bekas yang kedap udara kerana dikhuatiri kuih cakar ayam anda akan lemau jika dibiarkan terdedah.


EmoticonEmoticon