Monday 21 March 2016

Resepi Kuih Buah Melakauu

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)Sebungkus Tepung Pulut

(*)Secawan Tepung Gandum

(*)5 Helai Daun Pandan

(*)½ Sudu Teh Pewarna Hijau

(*)1 Sudu Garam

(*)Gula Melaka Secukupnya – potong dadu

(*)Sebiji Kelapa Muda (diparut – ambil bahagian putih sahaja)

(*)Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut

(*)Air Secukupnya

(*)Sedikit Kapur



Cara-Cara Membuatnya ialah:

(*)Campurkan ke semua tepung dengan air daun pandan,garam dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat melekat di tangan.

(*)Gentelkan adunan sebesar biji guli atau ibu jari dan leperkan.

(*)Kemudian isikan gula Melaka yang telah dipotong dadu ditengah­tengahnya.

(*)Tutup adunan kemas-kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.

(*)Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan agar berbau wangi.

(*)Setelah itu masukkan bebola adunan kuih buah Melaka tadi ke dalam air yang mendidih.

(*)Bebola kuih buah Melaka itu akan timbul apabila sudah masak.

(*)Ceduk, angkat dan toskan dan terus masukkan pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.

(*)golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut.

(*)Sedia untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon