Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
Bahan-bahan untuk Kek Span –
(_)6 biji telur
(_)35 gram tepung jagung
(_)170 gram tepung gandum
(_)170 gram gula castor
(_)35 gram mentega yang dicairkan
Bahan-bahan untuk Mousse Mangga –
(_)150 gram puri mangga ataupun mangga yang telah dikisar
(_)13 gram gelatin
(_)30 gram air
(_)40 gram gula
(_)240 gram krim putar (whipping cream)
(_)1 biji mangga dipotong dadu
Bahan-bahan untuk Sos Mangga –
(_)125 gram puri mangga
(_)125 gram air
(_)1/2 sudu kecil gelatin
(_)1/2 sudu kecil serbuk agar-agar (kuning/putih)
(_)30 gram gula
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:
Kek Span –
1. (_)Panaskan ketuhar pada suhu 170-180C.
2. (_)Cairkan mentega dan ketepikan. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
3. (_)Dalam mangkuk yang lain, campurkan kedua-dua tepung. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan memutar.
4. (_)Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau menggunakan spatula. Tuang adunan ke dalam loyang bulat dan bakar pada suhu selama 25-30 minit.
5. (_)Apabila kek sudah sejuk, potong kek kepada tiga lapisan secara melintang.
Mousse Mangga –
1. (_)Masukkan air ke dalam periuk dan taburkan gelatin.
2. (_)Masukkan gula dan mangga dan masak sehingga gula dan gelatin cair. Sejukkan.
3. (_)Pukul krim sehingga kental dan masukkan adunan puri tadi. Gaul sebati.
Sos Mangga –
1. (_)Panaskan air dan masukkan gelatin. serbuk agar-agar dan gula.
2. (_)Masak sehingga kesemuanya cair dan masukkan puri mangga.
Cara Melapiskan Kek:
1. (_)Gunakan loyang springfoam ( berbentuk ‘ring’). Letakkan 1 lapis kek dibahagan bawah sekali dan tuangkan mousse mangga ke atasnya.
2. (_)Tabur mangga yang telah dipotong dadu. Ulang proses ini sehingga selesai ketiga-tiga lapisan.
3. (_)Masukkan kek ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selam 4 jam atau pun semalaman.
4. (_)Kemudian tuangkan sos mangga perlahan-lahan di bahagian atas kek dan masukkan ke dalam peti sejuk semula selama 1 jam. Hidangkan.
EmoticonEmoticon