Sunday 6 March 2016

Resepi Karipap Pusing Sardin Sodapp

Tags


BAHAN A:

_+_1/2kg tepung gandum
_+_2 sudu makan marjerin
_+_500ml air | dibancuh dengan 1 sudu teh garam

BAHAN B:

_+_180gm tepung gandum
_+_4 sudu makan marjerin


BAHAN INTI:

_+_1 tin sardin kecil
_+_3 biji bawang besar | dimayang
_+_4 ulas bawang putih | dikisar
_+_2 biji bawang merah | dikisar
_+_Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. _+_Inti: Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan merah yang dikisar sehingga berbau wangi.

2. _+_Kemudian masukkan sardine dan bawang yang dimayang tadi. Kacau rata sehingga sebati.

3. _+_Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata sambil dihancur-hancurkan isi sardin tadi. Angkat dan ketepikan.

4. _+_Bahan A: Tepung gandum dan marjerin disatukan di dalam sebuah bekas. Tuangkan sedikit demi sedikit air yang telah dicampurkan garam. Uli sehingga menjadi doh. Ketepikan.

5. _+_Bahan B: Satukan tepung gandum dan marjerin di dalam sebuah bekas. Uli sehingga rata dan menjadi doh.

6. _+_Selepas itu ambil adunan A sebesar telur ayam dan adunan B sebesar guli. Masukkan adunan B ke dalam adunan A. Bulatkan dan kemudian dicanai sehingga nipis. Gulung memanjang dan canai lagi.

7. _+_Gulung menjadi satu ketul, selepas itu potong dua. Ambil bahagian dipotong dan canai nipis. Masukkan inti ke dalam
dan kelim tepinya. Lakukan kaedah yang sama sehingga adunan habis.

8. _+_Masukkan minyak masak di dalam kuali. Goreng karipap tadi sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan toskan.

9. _+_Sedia dihidangkan dan dinikmati.


EmoticonEmoticon