Friday, 25 March 2016

Resepi Ikan Kembung Percik Merecik

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)5-6 ekor ikan kembung
(*)4 cawan santan
(*)7 ulas bawang merah – dikisar
(*)1 ulas bawang putih – dikisar
(*)1 inci halia – dikisar
(*)Sedikit kunyit hidup – dikisar
(*)2 sudu besar cili kisar
(*)1/2 sudu kecil belacan
(*)1 sudu kecil asam jawa
(*)3 batang serai – diketuk
(*)1 sudu kecil halba
(*)Garam dan gula
(*)Kunyit dan garam – untuk dilumur pada ikan

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Panggang atau bakar ikan yang telah dilumur dengan kunyit dan garam sehingga masak.

(*)2. Panaskan periuk atau kuali (tanpa minyak), kemudian masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili kisar, belacan, asam jawa dan serai. Kacau sehingga sekata.

(*)3. Apabila mendidih, masukkan halba. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

(*)4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

(*)5. Apabila siap, curahkan kuah percik ke atas ikan.


EmoticonEmoticon