Friday, 25 March 2016

Resepi Begedil Ikan Tenggiri

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1/2 kg ikan tenggiri – dikukus, ambil isinya dan dilenyekkan
(*)250 gm ubi kentang – direbus dan dilecek
(*)1 cm halia – ditumbuk kasar
(*)3 biji bawang putih – ditumbuk kasar
(*)2 biji bawang besar – dimayang halus
(*)4 biji cili hijau – dimayang
(*)2 tangkai daun kari
(*)3 tangkai daun ketumbar – dimayang halus
(*)1/2 sudu teh serbuk kunyit
(*)1/2 sudu teh serbuk cili
(*)1/2 sudu teh serbuk jintan manis
(*)1/2 sudu teh jintan manis – ditumbuk kasar
(*)2 biji telur
(*)Garam secukupnya
(*)Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Gaulkan isi ikan dengan semua bahan dalam bekas besar kecuali telur sehingga. Pastikan tidak terlau lembik.

(*)2. Kemudian,bentukkan mengikut citarasa anda masing-masing.

(*)3. Panaskan minyak dalam kuali dan celupkan begedil yang telah dibentuk ke dalam telur dan goreng hingga kuning.

(*)4. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang.

(*)5. Boleh dimakan terus/dicicah dengan sos/dimakan bersama nasi.


EmoticonEmoticon