Sunday 20 March 2016

Resepi Ayam Percik Sedap

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)½ ekor ayam (dipotong dua)

(*)2 biji bawang besar

(*)2 inci kunyit hidup (boleh ganti serbuk kunyit jika tiada)

(*)2 batang serai

(*)2 cm halia

(*)1 sudu kecil biji ketumbar

(*)4 ulas bawang putih

(*)3 sudu besar cili kering kisar (tambah lagi jika ingin pedas)

(*)garam atau bahan perasa

(*)santan pekat 1 cawan atau 200ml santan kotak

(*)1 keping asam keping


Cara-cara untuk memasaknya ialah:

(*)1. Basuh ayam sehingga bersih dan toskan. Selepas itu, kisarkan bahan-bahan yang bertanda.

(*)2. Kemudian, masukkan ayam dalam kuali. Tuangkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke atas ayam tersebut tanpa mengacau dan membuka api.

(*)3. Letakkan santan tadi ke atas ayam yang bersama bahan kisar. Campurkan 3 sudu cili kering dan baru membuka api sederhana sahaja. Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati.

(*)4. Masukkan asam keping dan garam atau bahan perasa. Masak ayam itu separuh masak dan kuah menjadi pekat. Kemudian tutup api.

(*)5. Angkat ayam tersebut dan letakkan ke atas dulang pembakar. Tuangkan sedikit sahaja kuah ayam percik itu tadi. Baki kuah sila simpan untuk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar.

(*)6. Bakar ayam tersebut di dalam oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan-perangan dengan suhu 180 celsius dengan api atas bawah.

(*)7. Tuangkan baki kuah ayam percik tadi ke atas ayam yang telah siap di bakar.


EmoticonEmoticon