Friday, 25 March 2016

Resepi asam Pedas Ikan Tenggiri Lazat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)2-3 keping potongan ikan tenggiri
(*)5 ulas bawang merah – ditumbuk
(*)1 ulas bawang putih – ditumbuk
(*)1 inci kunyit hidup – ditumbuk
(*)1 batang serai – dititik
(*)Sedikit belacan
(*)4 sudu besar cili kisar
(*)1/2 cawan air asam jawa
(*)2 cawan air biasa
(*)8-10 tangkai daun kesum
(*)1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
(*)4 biji bendi
(*)1 biji tomato – dihiris
(*)Garam dan gula

Cara Memasaknya ialah:

(*)1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (anggaran 5 minit).

(*)2. Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.

(*)3. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato. (untuk bendi dan tomato, boleh masukkan kemudian)

(*)4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon