Saturday 12 March 2016

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Johor Marii

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(*)1/2 kg ikan pari
(*)10-15 biji cili kering | dikisar
(*)2 ulas bawang merah | dikisar
(*)2 ulas bawang putih | dikisar
(*)Sedikit belacan | dikisar
(*)1 batang serai | dititik
(*)1 btg bunga kantan
(*)Sedikit daun kesum
(*)1 sudu lada hitam | ditumbuk
(*)1 sudu jintan manis | ditumbuk
(*)1 mangkuk air asam jawa
(*)Garam dan gula secukup rasa
(*)Minyak untuk menumis

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Rendam seketika cili kering dan kemudian dikisar. Ketepikan.

(*)2. Selepas itu, kisar pula bawang merah, bawang putih dan belacan. Kemudian ditumiskan sehingga naik bau.

(*)3. Masukkan pula cili kisar dan biarkan pecah minyak sebelum dimasukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum.

(*)4. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan sehingga kuah memekat. Siap!


EmoticonEmoticon