Friday 4 March 2016

Resepi Aiskrim Nutella

Tags


Bahan-Bahannya Ialah:

(*)Plastik aiskrim (yang ni paling penting)
(*)1 tin susu pekat manis
(*)1 tin susu cair
(*)Nutella
(*)2 sudu besar tepung jagung
(*)1 sudu teh garam
(*)4 tin air masak (guna tin susu je untuk sukat)

Cara-Cara Untuk Membuatnya ialah:-

(*)Mula-mula, masukkan nutella ke dalam plastik aiskrim guna pisau plastik. Kuantiti terpulang pada korang. Nak sedap, letaklah banyak.

(*)Kemudian, ambil periuk besar dan tuangkan semua bahan-bahan tadi.

(*)Gunakan hand whisk untuk kacau untuk elakkan adunan melekat. Masak sehingga mendidih dan tutupkan api. Biarkan sejuk seketika.

(*)Tuangkan adunan aiskrim tadi ke dalam jug bermuncung supaya mudah untuk tuang ke dalam plastik aiskrim.

(*)Dah siap, letak dalam peti sejuk beku. Selepas 5 jam dah boleh makan.


EmoticonEmoticon