Monday 14 March 2016

Punca-Punca Rambut Berbuah

Tags


Faktor Masalah Rambut Berbuah

(*)Kurang tidur.
(*)Tidak mengeringkan rambut dengan betul.
(*)Pengambilan makanan yang kurang nutrisi.
(*)Penggunaan produk rambut yang berlebihan.
(*)Menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut.


Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bagi Merawat Rambut Berbuah Ialah:

(*)Cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai berserta air untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih.
(*)Biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum mengikatnya atau memakai tudung.
(*)Disebabkan anda tidak sempat untuk mengeringkan rambut sebelum memakai tudung, jadi anda perlulah bangun awal untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu ataupun anda tidak perlu mencuci rambut pada pagi hari.


(*)Jika anda ingin mengeringkan rambut, gunalah pengering rambut ataupun kipas. Tetapi penggunaan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan rambut disebabkan oleh haba yang terlalu panas.
(*)Anda boleh memakai perapi rambut pada hujung rambut dan bukan pada kulit kepala anda.


Ciri-Ciri Produk Rambut Yang Sesuai Bagi Rambut Berbuah

 Revitalizing
(*)– Syampu yang dapat melicinkan kutikel rambut serta melebatkan rambut.

(*)– Di samping itu, ia memiliki sistem pembersih yang lembut.

(*)– Mempunyai ejen yang menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembabkan atau kering.



Purifying
(*)– Syampu jenis ini mampu membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan tercemar dari persekitaran lain.

(*)– Mengekalkan keseimbangan ‘lipid’ dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut jika anda mewarnakan rambut

(*)– Ia adalah sangat sesuai untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berbuah.



Replenishing
(*)– Ia merupakan sejenis perapi dan pelembab yang pekat bagi memiliki rambut yang berkilat dan lembut

(*)– Ia dapat memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang berbuah

(*)– Menguatkan rambut dengan protein yang sesuai bagi rambut berbuah.



Tidak sempurna jika anda hanya menggunakan produk rambut, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Antaranya ialah:

Air
(*)– Minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut dan mengelakkan dari berlaku ‘dehidration’.

(*)– Dapat menjadikan rambut lebih lembut dan berkilau tanpa kehadiran rambut berbuah.



 Protein
(*)– Ia juga dikenali sebagai keratin yang berfungsi bagi pertumbuhan rambut yang lebih kuat

(*)– Menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cepat dan lebat

(*)– Dapat mengelakkan rambut berbuah dan bercabang



 Vitamin dan mineral
(*)– Vitamin A digunakan untuk menjaga kulit rambut

(*)– Vitamin B dan C berguna untuk peredaran darah dan pertumbuhan rambut



 Ikan salmon
(*)– Untuk mengelakkan rambut menjadi kering dan berbuah



Sayur-sayuran hijau
(*)– Untuk menghasilkan sebum serta berfungsi sebagai pelembab rambut semulajadi



 Buah-buahan segar
(*)– Memberikan nutrisi yang baik dan mengurangkan keguguran rambut



Makanan laut
(*)– Kandungan zink dapat membantu mencegah rambut berbuah dan rambut gugur.



INFO EKSTRA!

Petua Rambut Berbuah

Petua 1 :
(*)Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.



 Petua 2 :
(*)Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.



Petua 3 :
(*)Gunakan daun bunga raya campur dengan sedikit air. Ramas atau tumbuk. Kemudian letakkan di atas rambut dan gosokkan bahagian hujung rambut yang berbuah dan biar kan beberapa minit dan bilas.

1 comments so far

Rambut berbuah or in English, this condition is called either white peidra or black peidra. Sebenarnya disebabkan oleh fungal infection ( jangkitan fungus/kulat). Google je white/black peidra nnti dia kluar la nama fungi tu. The best way to treat masalah ni is to potong rambut. Or guna antifungal shampoo.


EmoticonEmoticon