Monday 7 March 2016

Punca Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Terbaik Untuk Merawatnya.

Tags


Minum Air Putih Secukupnya

***Terdapat sumber menyatakan, penyebab utama masalah penyakit buah pinggang adalah dehidrasi. Mineral daripada makanan yang dimakan, seperti kalsium, oxalate atau fosfat akan jadi seperti kristal disebabkan cecair dalam tubuh tidak mencukupi untuk mencairkannya. Pesakit buah pinggang perlu mengambil air putih sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Urin atau air kencing yang berwarna gelap merupakan tanda dehidrasi dan pesakit yang sihat menghasilkan sekitar setengah gelan air kencing setiap hari


Kurangkan Pengambilan Garam

***Diet tinggi natrium atau garam boleh mengundang penyakit batu karang kerana meningkatkan jumlah kalsium dalam urin anda. Jika anda memiliki keturunan penyakit batu karang, sebaiknya anda menjaga pengambilan natrium kurang dari 1.500 mg per hari dengan menghilangkan makanan olahan dan menghindari menggunakan garam ketika menikmati hidangan.


Kalsium

***Meskipun sebahagian besar penyakit buah pinggang ini disebabkan oleh kalsium, namun anda tidak harus menghilangkan kalsium dari diet. Menurut saranan yang dibuat oleh National Institutes of Health, orang dewasa yang sihat perlu mengambil 1.000 sampai 1.300 mg kalsium per hari. Namun, jika anda memiliki penyakit keturunan buah pinggang ini, dokter mungkin menyarankan anda mengambil kalsium hanya sekitar 800 mg.


Protein

***Makan diet tinggi protein haiwan seperti daging merah, dan telur boleh meningkatkan tahap asid urat dalam tubuh, yang telah terbukti boleh menyebabkab penyakit buah pinggang.Makanan ini juga boleh mengurangkan khasiat, zat kimia dalam urin yang membantu mencegah batu daripada membentuknya.


Berikut antara punca atau sebab anda boleh terkena penyakit buah pinggang:

***Kurang minum air.

***Kerap menahan kencing.

***Suka makan makanan masin.

***Suka minum minuman bergas.

***Kerap kena jangkitan ‘kencing kotor’ (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

***Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid).

***Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang tidak terkawal.

***Kerap makan pil tahan sakit.

***Kerap mengambil minuman keras.


EmoticonEmoticon