Kenapa Terjadinya Kulit Sensitif?
Ketidakseimbangan Hormon
(*)Untuk pengetahuan anda, ketika anda mengalami tekanan dan bebanan kerja atau masalah yang lain, kulit anda akan menjadi sensitif. Ini kerana perubahan hormone anda yang tidak seimbang. Ia juga berlaku ketika tempoh kehamilan dan pertambahan usia.
Perubahan Cuaca
(*)Perubahan iklim cuaca yang berbeza-beza juga dapat mempengaruhi kadar penghasilan minyak sehingga menyebabkan kulit sensitif. Jangan sangka kulit sensitif hanya terjadi ketika cuaca panas sahaja ya, ia juga terjadi jika anda terdedah kepada sejuk yang melampau dan menyebabkan kulit anda menjadi kering, gatal dan sensitif.
Penggunaan Produk Kecantikan
(*)Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam produk kecantikan menyebabkan kulit mudah terhakis pada kulit perlindungan. Ia menipiskan lapisan kulit sehingga urat-urat kapilari merah pada sekitar wajah akan timbul.
Pola Makanan
(*)Kekurangan nutrisi dan air yang diperlukan tubuh badan juga akan mengakibatkan kulit kering, sehingga paras sensitiviti meningkat.
Pancaran Cahaya UV
(*)Ketika kulit anda terkena cahaya UV, pembentukan kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna, pigmen dan melanin kulit juga menyebabkan proses penuaan terjadi lebih awal sehingga kulit menjadi sensitif.
Faktor Genetik
(*)Biasa kita dengar mengenai faktor genetik sebagai penyebab jika anda ahli keluarga memiliki eczema, psoriasis atau dermatitis yang merangsang kepada terjadinya kulit sensitif.
Alergik Pada Makanan
(*)Kulit sensitif juga cenderung kepada anda jika mempunyai terhadap sesuatu makanan. Ini kerana tubuh anda yang mengalami alergik pada sesuatu makanan itu menolak makanan tersebut.
Merawat Kulit Sensitif
Menggunakan Pelembab
(*)Sebahagian besar kulit mempunyai kira-kira 80 peratus air, tetapi permukaan kulit hanya menampung hingga 30 peratus air sahaja. Untuk menyembuhkan dan melindungi kulit wajah sensitif dari keradangan dan jangkitan, maka kelembapan di lapisan permukaan perlu untuk dipertahankan. Pelembab mengembalikan kelembapan kulit wajah.
Gunakan Sun Protection Factor (SPF)
(*)SPF juga akan membantu anda mengetahui jika kulit mempunyai cukup perlindungan terhadap sinar UV yang akan menyebabkan kulit anda menjadi sensitif. Pilih SPF yang tidak mengandungi wangian, bahan asid dan minyak.
Pilih Pembersih Yang Sesuai
(*)Ramai orang menggunakan pembersih untuk menghilangkan lebihan minyak dan kotoran. Namun, tak ramai memilih produk yang benar-benar sesuai dengan wajah. Jika anda memakai produk itu lebih enam bulan tetapi masih tiada perubahan, mungkin produk itu tidak sesuai untuk anda.
Elakkan Pemakaian Scrub Wajah Dengan Kerap
(*)Walaupun anda mencuci wajah dua kali sehari, cara yang terbaik adalah tidak menggunakan scrub wajah lebih daripada sekali atau dua kali seminggu. Untuk seseorang dengan kulit sensitif, cucilah dengan lembut, dan kurangkan penggunaan scrub yang boleh merangsang kulit anda.
Produk Kosmetik
(*)Pilih produk kosmetik yang sesuai. Pilih produk yang tidak hanya mempunyai antioksidan yang kuat, tetapi juga bahan-bahan anti keradangan. Apa kata, anda cuba menggunakan serum. Ia bukan hanya mengandungi vitamin C yang baik untuk pertahanan kulit, tetapi juga mengandungi antioksidan.
Pengambilan Makanan Yang Sesuai
(*)Perkayakan makanan anda dengan pengambilan rempah-rempah anti keradangan, misalnya kunyit, halia, kayu manis dan lada hitam. Manfaatkan rempah-rempah untuk mengurangkan keradangan pada kulit, dan mencegah garis-garis halus dan kedutan. Elakkan mengambil makanan yang tidak sesuai dengan anda jika anda mempunyai alergik.
EmoticonEmoticon