Monday 14 March 2016

Punca Kaki Selalu Rasa Kebas

Tags


Kebas

(*)Kebas atau dalam istilah perubatan ‘paresthesia’ merupakan satu keadaan di mana kawasan pada bahagian anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa. Rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang. Keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.



Punca Kebas Kaki

(*)Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.

(*)Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap.

(*)Kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.

(*)Kesan sampingan ubat.

(*)Kerosakan saraf akibat mengamalkan gaya hidup seperti pengambilan alkohol dan rokok.

(*)Tekanan yang dikenakan kepada sistem saraf pusat atau pun periferal.

(*)Jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster.

(*)Kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh disebabkan gumpalan atau bekuan darah.

(*)Kencing manis.

(*)Ketidakseimbangan nilai kalsium, potassium dan sodium di dalam tubuh.

(*)Berat berlebihan.

(*)Wanita menopaus.


Rawatan Kebas Kaki

(*)Kebiasaanya rawatan akan diberikan oleh doktor dengan memberikan ubat penahan sakit atau anti-inflammatory drug untuk menghilangkan rasa kebas kaki dan juga masalah keradangan saraf.



Langkah Mengatasi Rasa Kebas Kaki

(*)Anda boleh melakukan urutan menggunakan minyak panas pada kaki untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas kaki.

(*)Cara yang paling mudah dan berkesan adalah balut kaki dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastinya kebas kaki anda akan hilang.

(*)Amalkan suplemen tambahan seperti kalsium dan juga vitamin lain yang diperlukan oleh badan terutamanya oleh wanita hamil untuk mengelakkan kebas kaki.

(*)Bagi golongan muda yang merasa kebas kaki, anda sebenarnya tidak perlu mengambil vitamin. Memadai dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja. Ini kerana kedua-dua kumpulan makanan tersebut sudah cukup baik untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan.

(*)Lakukan senaman-senaman ringan bagi melancarkan sistem pengaliran darah dalam tubuh badan anda sekaligus mengelakkan berlakunya kebas kaki.

(*)Amalkan makanan seimbang seperti dalam sistem pemakanan piramid yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

(*)Kurangkan mengambil makanan yang bergula, berlemak dan juga bergaram yang menjadi punca kebas kaki.

(*)Lakukan ujian gula untuk mengetahui paras gula dalam tubuh anda.


Kesimpulan

(*)Jika simptom kebas kaki masih berlanjutan walaupun anda telah mengambil langkah pencegahan,segera dapatkan rawatan daripada doktor untuk mengelakkan masalah kebas kaki dari menjadi serius. Jangan biarkan kebas kaki mengganggu rutin kehidupan seharian anda.


EmoticonEmoticon