Sunday 6 March 2016

Manfaat Tidur Di Siang Hari

Tags


1. (_)Meningkatkan Daya Ingatan

^^Tidur siang ternyata mampu meningkatkan daya ingatan anda terutamanya untuk golongan warga emas. Ini kerana semakin meningkat umur,mereka lebih cenderung untuk melupakan memori di masa lampau. Menurut kajian,manfaat tidur siang sekurang-kurangnya 45 minit mampu meningkatkan daya ingatan otak anda.



2. (_)Meningkatkan Produktiviti Kerja

^^Bagi mereka yang selalu keletihan akibat kerja atau memerlukan idea baru,anda disarankan untuk tidur siang. Ini kerana manfaat tidur siang ialah ia dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti kerja anda sekaligus memberikan anda idea-idea baru.



3. (_)Mengubati Insomnia

^^Manfaat tidur siang yang lain ialah ia mampu mengubati penyakit insomnia atau nama lainnya ialah gejala susah tidur di malam hari. Insomnia boleh menyebabkan anda tidak dapat menumpukan pada kerja,produktiviti kerja menurun,keletihan dan meningkatkan risiko kecelakaan sekiranya anda memandu. Satu kajian telah dijalankan dan ia mendapati tidur siang boleh membuatkan penderita insomnia menjadi lebih segar. Ini kerana jumlah waktu istirehatnya yang lebih panjang



4. (_)Menghilangkan Tekanan

^^Sekiranya pada malam hari anda kurang nyenyak atau tidak cukup tidur,pastinya pada siang hari anda berasa sangat tertekan untuk melakukan kerja. Oleh itu,manfaat tidur siang untuk kesihatan anda ialah ia mampu menghilangkan tekanan anda.



5. (_)Menyihatkan Jantung

^^Tidur siang ternyata mampu mencegah penyakit jantung. Sekurang-kurangnya tidur selama 20-40 minit setiap hari pada waktu siang akan mengurangi risiko mendapat penyakit jantung dan juga stroke.


EmoticonEmoticon