Sunday 6 March 2016

Kenali Punca Strok

Tags


Punca Berlakunya Strok

1.  (-)Mengamalkan Budaya Hidup yang Tidak Sihat

(*)Antara punca berlakunya strok apabila anda sering mengamalkan yang tidak sihat. Gaya hidup yang tidak sihat ialah apabila anda mengamalkan seperti menghisap rokok, jarang meluangkan masa untuk bersenam dan kerap minum minuman yang beralkohol.

(*)Apabila anda sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, ia akan mengakibatkan sistem organ anda akan terganggu. Jika dibiarkan ianya melarat, ia boleh mengakibatkan saluran darah anda terjejas sekaligus melumpuhkan fungsi otak anda.

2.  (-)Pemakanan yang Tidak Sihat

(*)Pemakanan yang tidak sihat juga mampu menyumbang kepada penyakit strok. Elakkan daripada mengambil makanan yang tidak sihat, seperti makanan yang berminyak dan kandungan lemak yang tinggi dan lain-lain lagi.

(*)Elakkan juga daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan garamnya. Anda hendaklah perbanyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti oat, makanan yang kaya bijirin, buah-buahan dan sayu -sayuran.

3.  (-)Penyakit Kencing Manis

(*)Sesiapa yang mempunyai penyakit kecing manis atau diabetes juga adalaah antara yang berisiko besar mengalami strok.

(*)Kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menunjukkan penyakit kencing manis (diabetes) adalah suatu risiko yang terpenting menyebabkan seseorang diserang angin ahmar di Malaysia.Kajian yang dilakukan menunjukkan seramai 60% pesakit strok turut mengidap penyakit kencing manis.

(*)Ia mungkin disebabkan apabila bekalan darah tersumbat kerana gumpalan darah yang terbentuk dalam saluran darah. Ia juga berlaku apabila dinding saluran darah menjadi semakin tebal, sekaligus menyukarkan darah mengalir ke seluruh badan anda.

4.  (-)Penyakit Darah Tinggi

(*)Penyakit darah tinggi juga antara punca strok. yang berlarutan boleh menyebabkan salur darah kecil dalam otak bengkak dan mudah pecah. Ia sekaligus akan menyebabkan otak anda sukar untuk berfungsi seperti normal sekaligus membuatkan anda akan menghidapi penyakit strok.

(*)Elakkan diri anda boleh kerap dibelenggu darah tinggi seperti mudah stress, pola pemakanan yang tidak sihat dan pelagai faktor lain yang boleh menyebabkan anda darah tinggi.

(*)Jadi, pastikan anda mengamalkan hidup yang sihat. Pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jaga pemakanan anda dan elakkan gaya hidup yang tidak sihat. Strok tidak mengenal usia dan jantina. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.


EmoticonEmoticon