Tuesday 22 March 2016

Jenis Makanan Yang Mencegah Rambut Beruban

Tags


Berikut beberapa makanan sihat dan semulajadi yang boleh mencegah rambut beruban.

Coklat

(*)Bukan sekadar enak dinikmati, malahan coklat juga mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh dan rambut anda. Coklat kaya dengan kandungan tembaga yang dikatakan dapat menghasilkan ‘melanin’ pada rambut anda. Sel-sel ‘melanin’ bermanfat meningkatkan pengeluaran warna rambut,sehingga dapat mencegah kedatangan uban.



Sayur-Sayuran Hijau

(*)Sayur-sayuran merupakan sumber vitamin B6 dan B12 yang semulajadi. Kedua nutrisi ini diperlukan untuk menjaga agar rambut tetap sihat.

(*)Malahan sayuran berdaun hijau seperti bayam merupakan sumber vitamin B yang baik. Pengambilan sayuran hijau yang kerap dapat membantu mengawal pertumbuhan uban pada rambut.



Kacang Almond

(*)Kacang almond merupakan salah satu jenis kacang-kacangan yang baik untuk menjaga kesihatan rambut. Kacang almond kaya vitamin E dan tembaga yang dapat mencegah uban dan menyihatkan rambut.



Buah Beri

(*)Buah daripada famili beri seperti strawberi, raspberry, dan cranberry sangat kaya vitamin C. Vitamin ini bukan hanya bermanfaat untuk menyihatkan rambut, tetapi dapat mencegah datangnya uban dan tanda-tanda penuaan semulajadi yang lain.



Ikan Salmon

(*)Ikan Salmon dikenali sebagai makanan laut yang sangat bagus untuk melawan pertumbuhan uban. Ini adalah kerana ikan salmon merupakan sumber semulajadi selenium, mineral yang mampu mempertahankan warna semulajadi rambut anda.



Biji Bunga Matahari

(*)Biji bunga matahari memiliki kandungan mineral dalam jumlah tinggi. Mineral ini mampu mengeluarkan dan mempertahankan kandungan melanin pada rambut, sehingga dapat mencegah uban.



Produk Olahan Susu

(*)Produk olahan susu juga kaya vitamin B, B6, dan B12. Ketiga vitamin ini penting untuk pengeluaran sel darah merah. Sel darah merah baik untuk mendorong pengaliran oksigen dan nutrisi ke kulit kepala anda, sehingga uban pun tidak mudah tumbuh.


EmoticonEmoticon