Tuesday 22 March 2016

Hias Ruang Tamu Anda Dengan Lampu Yang Superb Ini

Tags


1.  Lampu LED

(*)Lampu LED adalah sesuatu yang mengagumkan dalam teknologi lampu sejak lampu elektrik dicipta. Ia dibina di dalam lampu untuk reka bentuk baru yang menarik dan menggunakan tenaga yang sedikit berbanding lampu pijar. Jangan anda tak tahu, lampu LED bersifat yang mesra alam sekitar.



2.  Lampu Meja

(*)Lampu meja membolehkan anda mengubah suai suasana ruang tamu lebih dari satu cara. Ia memberikan anda cahaya tambahan di tempat yang diperlukan. Lampu meja direka dalam pilihan yang menarik untuk menambah sedikit warna, tekstur dan cahaya tambahan.



3.  Lampu Lantai

(*)Lampu lantai menawarkan anda lampu ruang tamu yang sesuai dalam apa jua ruang, walaupun jika anda tiada ruang tamu yang besar. Ia mudah dialihkan, jadi anda boleh mengubah ruang agar lebih selesa.



4. Lampu Dinding

(*)Lampu dinding datang dalam gaya yang berbeza, untuk memberikan ruang tamu anda tampak lebih cantik dan menarik. Kebanyakan daripadanya boleh digunakan dengan mentol LED, jadi anda dapat mengurangkan perbelanjaan elektrik.



5. Lampu Siling

(*)Lampu siling digayakan untuk mempamerkan kretiviti anda dalam menghias ruang tamu. Padanan yang sesuai bersama konsep ruanb tamu, pastinya ia memberikan ruang tamu anda lebih hebat!



6. Lampu Sorot

(*)Lampu sorot digunakan untuk memberi cahaya di tempat yang diperlukan. Kebanyakan lampu sorot boleh digunakan dengan mentol LED untuk menjimatkan bil elektrik anda dan membantu menjaga alam sekitar.



Tips Memilih Lampu Ruang Tamu

Jenis Lampu

(*)Sebelum memilih jenis lampu yang sesuai, anda sewajarnya melihat dulu konsep ruang tamu anda, untuk dipadankan dengan lampu yang sesuai.

Mentol Yang Sesuai

(*)Selepas memilih jenis lampu, mentol penting dalam menghidupkan suasana pencahayaan diingini selain jenis dan reka bentuk lampu itu sendiri. Kesemua mentol mampu menghasilkan kesan pencahayaan yang indah bagi ruang tamu, namun bergantung pada kehendak dan citarasa anda.


EmoticonEmoticon