Friday 18 March 2016

Ciri-Ciri Si Dia TIDAK LAYAK Untuk Digelar Teman Sejati Anda

Tags


(*)Mulai hari ini, jangan biarkan diri anda terus dipermainkan dan cuba semak apakah si dia benar-benar kawan sejati anda atau sekadar mempergunakan anda sahaja.


1. Dia Bukan Kawan Sejati Bila Anda Sentiasa Terpaksa Jadi “Penyelamat”

(*)Punca: Kawan anda sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki tanpa pengetahuan keluarganya.Apa yang menjadi masalah, dia sentiasa menggunakan anda sebagai alasan setiapkali mahu keluar berdating. Kononnya dia keluar dengan anda dan kadangkala bermalam di rumah anda,sedangkan semua itu bohong semata.

(*)Jalan Terbaik: Jika anda menganggap diri anda sebagai kawan sejatinya, jangan pendamkan kerisauan dan ketidakpuasan hati anda begitu saja daripada pengetahuannya.

(*)Bayangkan, dia berseronok-seronok sedangkan anda pula yang bingung dan stress kerana takut diketahui keluarganya. Jadi, apa kata anda cuba pujuk kawan sejati anda itu dan katakan bahawa anda sanggup buat apa sahaja untuknya, kecuali yang tidak mendatangkan masalah kepada kedua belah pihak seperti ini.



2. Dia Bukan Kawan Sejati Bila Anda Terpaksa Jadi “Bank”

(*)Punca: Setiapkali anda keluar membeli belah dengan dia yang anda anggap sebagai kawan sejati, masalah tentang duit sentiasa terjadi. Apabila dia mahu membeli sesuatu dan tidak cukup wang. Anda akan meminjamkannya wang. Lama menunggu, dia tidak juga membayar kembali wang tersebut. Lama kelamaan hutangnya mula menimbun!

(*)Jalan Terbaik: Jangan malu-malu untuk minta kembali duit anda itu. Tapi berilah alasan seperti mahu memakainya untuk membeli hadiah hari jadi ibu anda atau anda benar-benar sudah kehabisan wang. Biar berdrama sedikit asalkan dibayar semula duit anda itu. Ya, manusia kadang-kadang terlupa dan sengaja buat-buat lupa!



3. Dia Bukan Kawan Sejati Bila Dia Sanggup ‘Tikam Belakang’ Anda

(*)Punca: Anda enak menikmati hidangan di kafe. Tiba-tiba sekumpulan teman sekerja anda mentertawakan. Anda yang rasa pelik dan tersinggung dengan kejadian tersebut lalu bertanya kepada mereka.

(*)Ternyata dia yang anda anggap sebagai kawan sejati selama ini telah mengkhianati anda dan membocorkan rahsia yang sepatutnya disimpan sendiri. Dan sekarang, cerita itu telah tersebar di pejabat dan anda berasa sangat malu dan kecewa.



Jalan Terbaik: Sudah tentu anda harus bangkit menegakkan kebenaran dan bersemuka dengan si penebar fitnah. Walau anda sudah lama mengenalinya, anda harus bersikap tegas agar dia tidak melakukan sewenang-wenangnya terhadap anda. Tanya juga apa yang diceritakannya. Boleh jadi ia berbeza dengan cerita sebenar.



4. Dia Bukan Kawan Sejati Bila Dia Tidak Bertanggungjawab

(*)Punca: Anda mahu menghadiri majlis ulang tahun salah seorang teman rapat anda.Tapi dia yang anda anggap seperti kawan sejati itu mengatakan bahawa dia tak ada baju cantik untuk dipakai. Anda dengan baik hatinya sanggup meminjamkan baju kesayangan anda kepadanya. Sebulan kemudian dia memulangkan kembali baju tersebut tetapi dengan satu tompokan kotor yang tak mungkin hilang.

(*)Jalan Terbaik: Periksa betul-betul dahulu. Bagaimana boleh jadi begitu. Tapi kalau anda yakin memang ia berpunca daripada sahabat, jangan ragu-ragu bertanya kepadanya.

(*)Lihat respons dan tanggungjawabnya. Mungkin dia tidak perasan perkara tersebut berlaku. Tapi kalau dia protes dan mempertahankan diri, itu maknanya dia bukanlah sahabat yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai serta anda anggap sebagai kawan sejati. Anda tahu apa yang harus dilakukan selepas ini.


EmoticonEmoticon