Sunday 20 March 2016

Cara Untuk Mengecilkan Punggung Yang Lebar

Tags


Senaman 1: “The Hip Squat”

(*)Pastikan anda berada dalam posisi berdiri.  Kemudian,buka sedikit kedua-dua kaki anda, iaitu selebar bahu. Turunkan badan anda sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah.

(*)Kemudian,pegang lutut anda dan tahanlah selama 2 minit lalu kembali ke posisi berdiri. Lakukan senaman “The Hip Squat”  ini sebanyak 20 kali.



Senaman 2: “The Back Kick”

(*)Cari meja setinggi punggung anda dan hadapkan diri anda ke meja tersebut sambil kedua-dua tangan memegang meja tersebut. Angkat secara perlahan kaki sebelah kanan ke atas sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah.

(*)Biarkan punggung anda tetap lurus dan tahanlah posisi itu selama 2 minit . Kemudian lakukan posisi yang sama dengan menggunakan kaki kiri pula. Lakukan senaman “The Back Kick” ini sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.



Senaman 3: “The Hip Extender”

(*)Pastikan berada di dalam posisi berdiri. Buka sedikit kedua-dua kaki, iaitu selebar bahu anda. Angkat kaki kanan anda setinggi yang mungkin, sambil menurunkan kaki kiri anda.

(*)Kemudian kembali ke posisi asal semula dan lakukan hal yang sama untuk kaki sebelah kiri. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.



Senaman 4: Bersenam Dengan Menggunakan Trampoline

(*)‘Trampoline’ sangat baik untuk peredaran darah dan oksigen, pembakaran lemak dan kalori serta membentuk kaki dan pinggul yang cantik. Anda cuma perlu melompat paling kurang selama setengah jam untuk setiap sesi.



Senaman 5: Senaman Baring

(*)Baringkan badan anda secara mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas dan berbantalkan lengan anda sendiri. Kemudian,angkat kaki kanan anda ke atas setinggi yang boleh,tarik nafas dan pusingkan kaki yang diangkat tadi mengikut arah pusingan jam.

(*)Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda bersama. Kemudian lakukan gerakan yang sama dengan menggunakan kaki kiri anda dan juga arah baringan anda.  Setiap satu pusingan boleh dilakukan sebanyak 5 kali. Lakukan sehingga 10 kali untuk kedua-dua belah kaki.



Senaman 6: Naik Turun Tangga

(*)Dengan hanya melakukan senaman menaiki tangga selama 5 ke 10 minit sehari,ia boleh mengecilkan punggung lebar dan pada masa yang sama, ia baik untuk kesihatan anda.

(*)Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh membantu anda untuk membentuk otot betis dan paha sekaligus untuk punggung anda. Namun, pastikan anda tidak memakai kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci kerana ia boleh mendatangkan bahaya buat anda.



Perkara yang perlu anda elakkan sekiranya ingin mendapatkan punggung yang kecil:

(*)Elakkan daripada  duduk terlalu lama
(*)Tabiat duduk yang lama tanpa ada sebarang pergerakan akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan terutama pada bahagian pinggul dan juga tulang belakang anda. Oleh itu,setiap satu atau dua jam anda perlu bangun untuk melakukan regangan.



Kurangkan Berat Badan

(*)Salah satu sebab yang mempengaruhi bentuk punggung adalah adalah berat badan kerana lemak-lemak yang berlebihan akan menyebabkan punggung menjadi lebar. Kawal pemakanan anda dengan cara mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh.



Elakkan Memakai Seluar Dalam Ketat

(*)Elakkan memakai seluar dalam atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggul kerana mitos mengatakan pakaian ketat memang boleh membuat pinggul nampak menonjol tetapi akibatnya bentuk punggung akan menjadi tidak sekata. Oleh itu,gunakan seluar dalam atau pakaian yang longgar.



Kesimpulan

(*)Paling penting,amalkan kesemua senaman yang diberikan sekurang-kurangnya sebanyak empat  kali seminggu. Pilihlah masa yang sesuai, asalkan anda melakukannya tanpa ‘miss’!


EmoticonEmoticon