Thursday 17 March 2016

Cara Santau Angin Dihantar

Tags


(*)Santau angin sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi. Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyediaan santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan moden kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samada melalui X-ray mahupun ultrasound. Bahkan ada juga yang turut disantau menggunakan tuala wanita yang telah digunakan. Menakutkan bukan?

Antara Punca Santau Angin Dihantar :

(*)Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
(*)Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
(*)Membuang santau. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluarganya.
(*)Mencari rezeki melalui upah untuk mengenakan santau kepada seseorang.


Bahan Santau Angin:

(*)Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
(*)Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
(*)Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
(*)Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.


Tanda-Tanda Terkena Santau Angin:

(*)Batuk yang berlarutan, dan kadangkala batuk berdarah dan bernanah sehingga keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
(*)Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit itu menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
(*)Sakit sesak nafas terutamanya pada waktu Maghrib.
(*)Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
(*)Bawah matanya seperti lebam (Seperti orang tak cukup tidur).
(*)Lenguh seluruh anggota badan.
(*)Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
(*)Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
(*)Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
(*)Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
(*)Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
(*)Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
(*)Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.


Kesan Santau Angin:

Antara kesan-kesan santau angin terhadap mangsa adalah seperti berikut:

(*)Boleh membawa maut.
(*)Sekiranya hamil mungkin akan mengalami keguguran.
(*)Hilang daya ingatan.
(*)Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.
(*)Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
(*)Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
(*)Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.


INFO EKSTRA:

Rawatan dan  Pencegahan Daripada Terkena Santau Angin

(*)Jika ada keluarga atau sahabat handai terkena santau angin, anda dinasihatkan untuk menguatkan ibadah dan bacaan Al-Quran. Sambil itu,minumlah air zam-zam yang telah dibacakan surah Yasin.
(*)Anda juga boleh mengamalkan bacaan Ayat Ruqyah bagi mengatasi masalah santau ini iaitu dengan mengamalkan bacaan ayat Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah, Surah Al-Hasyr ayat 21-24, 3 Qul, Surah Yunus ayat 81-82, Surah Al-A`raff 118-122 dan Surah Toha ayat 69. Bacakan pada air untuk diminum atau diamalkan.
(*)Jika terkena santau,elakkan daripada makan benda-benda yang berminyak, masam, pedas, daging, dan melakukan kerja-kerja berat kerana ia akan membuatkan organ dalaman rosak dan menjadi penggalak kepada bisa-bisa santau dalam badan memakan organ-organ dalaman mangsa santau ini.


Kesimpulan

(*)Seharusnya anda jangan berputus asa untuk mengubati penyakit santau angin ini.Ingatlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat menyembuhkannya. Selain itu, sentiasa amalkan doa yang baik sebelum keluar rumah dan sebagainya. Mohonlah perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada kejahatan makhluk ciptaanNya.

1 comments so far

MOHON BANTU RAKYAT MSIA
Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu beramai-ramai tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Pasir Mas Kelntn. tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com


EmoticonEmoticon