Monday 21 March 2016

Baju Kanak-Kanak Yang Harus Anda Miliki

Tags


Baju Gaun Ala Filem Animasi

(*)Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat oleh mereka. Sejurus selepas tayangan filem animasi Frozen, permintaan terhadap baju kanak-kanak perempuan makin menjadi-jadi. Ini adalah kerana, kanak-kanak perempuan ingin mengikuti atau memiliki gaun seperti watak di dalam filem tersebut. Pelbagai jenis gaun ala-ala Frozen dijual di pasaran dan mendapat sambutan yang sungguh luar biasa.



Baju-T Ala-ala Filem Animasi

(*)Tidak ketinggalan juga penerimaan baju-T kanak-kanak perempuan, ia juga tidak terlepas dari terkena tempias filem animasi Frozen. Cukup dengan hanya meletakkan gambar watak di dalam filem tersebut, baju-T kanak-kanak perempuan menjadi kegilaan ramai.



Baju Gaun Flower Girl

(*)Sememangnya baju jenis ini sering mendapat sambutan di kalangan ibu bapa. Baju gaun kanak-kanak perempuan kelihatan sungguh comel dan cantik dengan perincian seperti manik-manik, ‘lace’ dan juga butang menjadikan ia sebagai baju wajib yang perlu ada pada setiap kanak-kanak perempuan.



Kardigan

(*)Jangan terkejut jika kanak-kanak juga memiliki pilihan kardigan yang pelbagai. Saiz baju kardigan  sudah cukup membuatkan kita sebagai orang dewasa berasa geram dengan  kecomelan baju tersebut. Kardigan pendek dan panjang dengan pelbagai pilihan warna sememangnya menjadi baju pilihan kanak-kanak perempuan.



Legging

(*)Kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pakaian atau seluar bersifat menyerap peluh. Ini adalah kerana kanak-kanak kerap berpeluh dan menginginkan keselesaan ketika bergerak. Legging amat sesuai dipakai oleh kanak-kanak selain ianya mudah untuk dipakai, ia juga mudah untuk di cuci. Legging juga mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak yang menarik.



Baju-T Santai

(*)Baju-T kanak-kanak perempuan yang ringkas dan santai sering mendapat sambutan yang hangat. Cuaca seperti di Negara ini menjadikan baju-T sebagai baju yang selesa untuk dipakai sehari-hari oleh kanak-kanak perempuan. Pelbagai pilihan warna dan corak tentunya membuatkan anda rambang mata untuk memilihnya.



Baju Peplum

(*)Baju peplum bukan sahaja popular di kalangan orang dewasa tetapi juga bagi kanak-kanak perempuan. Pelbagai jenis corak dan warna yang boleh anda pilih di sampingpenggunaan fabrik yang sesuai bagi kanak-kanak perempuan.



Baju Kemeja

(*)Baju kanak-kanak perempuan tidak terhad kepada baju gaun atau baju- T semata-mata. Kini baju kemeja kanak-kanak juga lebih ‘stylo’ dari baju kemeja orang dewasa. Baju kemeja kanak-kanak perempuan terutamanya kelihatan kemas dan bergaya apabila dipakai oleh si comel anda.



Baju Berwarna Pink

(*)Tidak kira apa jua jenis baju, baju yang berwarna pink tetap menjadi pilihan bagi kanak-kanak perempuan. Baju yang berwarna pink memang kelihatan comel dan manis dipakai oleh kanak-kanak perempuan dan dipadankan pula dengan aksesori serta kasut yang sepadan menjadikan ia bertambah comel.



Kesimpulan

(*)Tidak dapat dinafikan bahawa baju kanak-kanak perempuan lebih mahal harganya berbanding baju orang dewasa. Namun, jika pilihan yang dibuat tepat, ia sangat berbaloi. Bahkan pemilihan fabrik yang bersesuaian dengan faktor cuaca serta trend terkini menyebabkan  menyebabkan ramai ibu bapa yang sanggup berbelanja lebih untuk buah hati kesayangan mereka.


EmoticonEmoticon