Sunday 20 March 2016

5 Cara Sederhana Hidup Bahagia

Tags


(*)Berikut beberapa tips sederhana yang boleh cuba untuk hidup bahagia dan sihat walaupun sudah beranak pinak!

1.Luangkan Waktu Untuk Ke Gym

(*)Jaga dan sayangi tubuh anda. Jaga pola pemakanan anda, perbanyakkan pengambilan makanan segar termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan dan gandum. Ia akan menyihatkan tubuh dengan menghasilkan energi yang bersemangat dan sihat.

(*)Selain itu, luangkan waktu untuk ke gym. Jika anak anda masih terlalu kecil, carilah tempat gym yang menyediakan kemudahan untuk menjaga anak seketika atau mintalah bantuan saudara mara dan sebagainya.



2. Beli Peralatan Senaman

(*)Jika anda tidak suka meninggalkan anak anda di bawah jagaan orang lain, tidak ada salahnya jika anda asingkan sebahagian wang untuk membeli peralatan senaman. Misalnya ‘treadmill’ atau tali skipping. Anda boleh bersenam sebentar ketika anak anda ke sekolah atau sedang tidur di siang hari. Sekiranya anak anda sudah besar, elok juga jika anda ajak dia bersama-sama anda melakukan senaman.



3. Tidur Siang

(*)Setelah mempunyai anak, anda pasti akan menjadi lebih penat. Jangan lupa untuk luangkan sedikit masa untuk tidur sejenak pada siang hari bagi mengembalikan semangat dan kesegaran tubuh anda dalam mencapai hidup bahagia. Ketika anak-anak ke sekolah atau sedang tidur di siang hari, ada baiknya anda gunakan kesempatan tersebut untuk berehat.



4. Masak Makanan Yang Sihat

(*)Perkenalkan anak-anak pada makanan sihat sejak dari kecil lagi. Beri dan ajarkan mereka untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap hari. Jangan lupa juga sediakan sarapan yang penuh khasiat seperti oatmeal buat mereka. Hindari junk food yang boleh merosakkan sistem ketahanan tubuh serta kesegaran tubuh .



5.  Lepaskan Emosi Negatif

(*)Duduklah dengan selesa, hirup dan hembuskan nafas yang panjang dengan lambat. Ketika anda mengeluarkan nafas, bayangkan anda telah melepaskan semua emosi negatif seperti marah, dendam, sakit hati dan sebagainya itu.

(*)Ketika anda menarik nafas, bayangkan anda sedang menghirup kualiti positif yang memberikan ketenangan, keberanian dan kemahuan. Lanjutkan aktiviti ini selama beberapa minit. Dengan senaman ini, anda akan menjadi lebih mudah untuk melepaskan perasaan negatif.


EmoticonEmoticon