Saturday, 26 March 2016

10 Cara Menghilangkan Hitam Di Ketiak

Tags


Rawatan memutihkan ketiak berkarat di pusat kecantikan kadangkala cukup mahal. Malangnya, tak semua cara itu kurang berkesan. Lagipun kebanyakannya banyak menggunakan krim pencerah  yang ada bahan kimia sehingga menimbulkan kesan sampingan berbahaya kepada kesihatan. Sebenarnya ada cara putihkan ketiak semulajadi yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jom, semak!

1. Lemon

(*)Buah lemon mudah didapati di pasar atau pasaraya. Kandungan vitamin C yang tinggi dan amat bermanfaat sebagai pemutih semulajadi. Keberkesanannya untuk memutihkan kulit sangat bagus dan membuatkan kulit segar. Cara putihkan ketiak adalah dengan melulur lemon pada ketiak setiap hari. Selain memutihkan, lemon juga akan membantu membersihkan sisa sel kulit mati dan mampu membuat tubuh menjadi lebih wangi.


2. Mentimun

(*)Mentimun merupakan buah yang sangat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit dan juga dapat digunakan untuk memutihkan kulit ketiak. Dengan menggunakan mentimun, noda hitam di kawasan ketiak dapat disamarkan dengan cara menghaluskan timun. Kemudian sapukan dikedua-dua belah ketiak. Lakukan dua kali dalam seminggu.


3. Kunyit

(*)Rasanya ramai sudah tahu manfaat kunyit pada kecantikan wanita. Kunyit juga boleh dipakai sebagai lulur untuk ketiak yang gelap. Caranya ialah dengan menyapukan serbuk kunyit di kawasan ketiak. Biarkan beberapa saat kemudian bilas. Lakukan setiap hari untuk hasil yang mengagumkan, malah ia juga membantu mengatasi bau badan.


4. Yogurt & Limau Nipis

(*)Campurkan yogurt asli dengan beberapa titis limau nipis. Kemudian aplikasikan bahan ini sebagai scrub di bahagian ketiak dan biarkan selama 10 minit. Bilas menggunakan air sejuk dan Insyaallah ketiak akan lebih putih apabila dilakukan secara rutin setiap minggu.


5. Yogurt & Susu

(*)Yogurt dan susu mengandungi asid laktat yang dapat dijadikan sebagai pemutih semulajadi kulit tidak terkecuali pada kulit di bahagian ketiak. Campurkan dua sudu yogurt dan tiga sudu susu. Kemudian gaul sebati dan sapukankan pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang  sejam. Kemudian bilas dengan air suam.


6. Kulit Limau

(*)Sediakan kulit limau terlebih dahulu, kemudian keringkan kulit limau di bawah cahaya matahari. Parutkan kulit limau tersebut dan campurkan dengan sedikit susu dan air mawar. Gaul sehingga ia berbentuk pes. Gunakan sebagai skrub selama 10 minit dan bilas dengan air sehingga bersih.


7. Ubat Gigi

(*)Ambil ubat gigi dan sapukan pada hujung jari anda. Kemudian sapukan ubat gigi pada kawasan ketiak dan biarkan selama 15 minit. Lakukan cara ini secara rutin untuk hasil yang maksimum.


8. Minyak Kelapa & Kulit  Limau

(*)Minyak kelapa kaya kandungan vitamin E dan bermanfaat untuk kecantikan. Vitamin E dapat melembabkan kulit. Apabila vitamin E dikombinasikan dengan vitamin C maka kesannya adalah lebih bagus karana dapat digunakan untuk meningkatkan kolagen dan mencerahkan kulit  di bahagian ketiak. Pertama kisar kulit limau bersama beberapa titis minyak kelapa kemuadian sapukan di bahagian ketiak.


9. Baking Soda

(*)Bukan hanya untuk membuat kuih sahaja, baking soda juga mampu untuk dijadikan skrub untuk menanggalkan sel kulit mati yang ada pada kulit ketiak. Buatlah pes daripada baking. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu. Apabila ketiak sudah kelihatan cerah, sebaiknya berhenti menggunakan baking soda karana akan menyebabkan iritasi jika terlalu kerap dipakai.


10. Menggosok Ketiak

(*)Menggosok ketiak adalah salah satu cara memutihkan ketiak. Penggunaan deodorant supaya badan tidak menimbulkan bau yang tidak sedap akan meninggalkan kesan pada kulit ketiak, maka dari itu rajinlah menggosok ketiak ketika mandi untuk menanggalkan kesan deodorant yang menyumbat pori–pori kulit ketiak.


EmoticonEmoticon