Friday 26 February 2016

Tips Untuk Gigi Sensitif

Tags


1. (^^)Pastikan cara bersih yang betul

_^_Kekalkan amalan kebersihan mulut dan gigi yang baik. Bersihkan kesemua bahagian gigi  dengan teknik memberus dan memflos gigi yang betul.

2. (^^)Cara berus

_^_Elakkan cara memberus secara mendatar. Ini akan menyebabkan susutan gusi dan kengiluan gigi.

3. (^^)Pilih berus gigi

_^_Gunakan berus gigi berbulu lembut. Berus secara perlahan dan berhati-hati di sekeliling gusi untuk mengelakkan penghakisan permukaan gigi dan mengelakkan kecederaan gusi.

4. (^^)Ubat gigi berfluorida

_^_Penggunaan ubat gigi berfluorida bersama ubat kumur setiap hari dapat melindungi gigi anda kerana fluorida menolong menguatkan lapisan enamel.

5. (^^)Awasi pemakanan

_^_Kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang berasid seperti limau dan minuman bergas yang boleh melarutkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Boleh menambahkan rasa sensitif dan memulakan reaksi kesakitan. Kumur dengan air biasa selepas mengambil makanan dan minuman berasid. Elakkan memberus gigi sekurang-kurangnya 30 minit selepas mengambil makanan dan minuman berasid. Ini adalah untuk mengurangkan kesan buruk akibat daripada gabungan asid dan lelasan gigi semasa memberus gigi.

6. (^^)Rawat tabiat mengasah gigi

_^_Jika anda mengetap atau mengasah gigi, gunakan pelindung gigi semasa tidur.

7. (^^)Berjumpa doktor gigi pada kala yang tetap

_^_Dapatkan pemeriksaan gigi, pembersihan gigi, cara-cara menjaga gigi dan rawatan fluorida daripada doktor gigi anda setiap enam bulan.


EmoticonEmoticon