{"}Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
{"}Bahan-bahan untuk Nasi Goreng – (3 orang makan)
{"}3 mangkuk nasi
{"}2 biji bawang merah (hiris)
{"}3 ulas bawang putih (cincang halus)
{"}2 seduk kecil cili kering blender
{"}1 sudu besar paste tomyam
{"}isi ayam (ikut selera)
{"}sayur kubis (ikut selera)
{"}2 sudu besar minyak masak
{"}garam gula secukup rasa
Bahan-bahan untuk Paprik Campur –
{"}Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
{"}2 ulas bawang putih (dicincang)
{"}2 helai daun limau purut
{"}1 sudu besar sos tiram
{"}1 sudu besar cili giling
{"}1 sudu besar sos tomato
{"}sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
{"}garam dan gula secukup rasa
{"}4 biji cili padi (diketuk)
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
Nasi Goreng –
1. {"}Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. {"}Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. {"}Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. {"}Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.
Paprik campur –
1. {"}Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. {"}Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. {"}Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. {"}Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. {"}Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.
EmoticonEmoticon