Tuesday, 23 February 2016

Resepi Kek Pound 7 Up Yang Sangat Sedap

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

<**>1 ½ cawan mentega
<**>3 cawan gula pasir
<**>5 biji telur
<**>1 sudu teh ekstrak vanila
<**>1 sudu teh ekstrak lemon/jus lemon
<**>3 cawan tepung serbaguna – diayak
<**>½ sudu teh garam
<**>¼ cawan whipping cream/krim putar
<**>1 cawan minuman 7-Up

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

1. <**>Panaskan ketuhar kepada 325 F (162 C). Griskan loyang kek dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2. <**>Dalam mangkuk besar, pukul mentega dan gula. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Pukul hingga kembang.

3. <**>Masukkan pula ekstrak vanila dan ekstrak lemon. Tambahkan tepung serta garam dan kacau sehingga sebati.

4. <**>Campurkan pula whipping cream atau krim putar serta 7-up. Kacau adunan sehingga sebati dan kembang.

5. <**>Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 1 jam dan 10-15 minit (periksa selepas tanda 1 jam) atau uji dengan pisau dimasukkan ke tengah kek, pisau keluar bersih.

6. <**>Bila sudah masak, biarkan kek sejuk sebentar. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan bolehlah dihidangkan.

**Selamat mencuba yee


EmoticonEmoticon

:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:o
:>)
(o)
:p
:-?
(p)
:-s
8-)
:-t
:-b
b-(
(y)
x-)
(h)