Thursday 25 February 2016

6 Tips Penjagaan Untuk Barang Kemas Anda

Tags


1. (__)Kurangkan terdedah dengan peluntur

(--)Jangan dedahkan barang kemas kepada bahan kimia dan berasid. Cara ini boleh merosakkan barang kemas dan membuatkan kilauan emas menjadi pudar. Bahan peluntur dan klorin boleh merosakkan permukaan emas dan kalau terdedah dalam jangka masa yang panjang, silap-silap emas boleh terputus. Eh, sayang kalau cepat rosak.


2. (__)Suka mandi kolam, anda kena berhati-hati

(--)Jika melakukan aktiviti riadah air terutama di kolam renang yang mempunyai kandungan klorin yang tinggi, elakkan memakai barang kemas. Kena rajin belek cangkuk juga , ya. Jika cangkuk rosak, dikhuatiri emas tercicir tanpa anda sedari.


3. (__)Jangan sembur pewangi pada emas

(--)Minyak wangi juga boleh memudarkan emas. Lantaran, elakkan semburan minyak wangi daripada terkena barang kemas. Semburkan pada kulit tubuh sahaja.


4. (__)Kurangkan gilap atau 'goreng' emas di kedai

(--)Cuci barang kemas secara konsisten. Anda boleh lakukan sendiri atau menghantarnya kedai emas. Cucian yang betul bukan sahaja mengekalkan kebersihan malah kilauan emas. Ingat, kalau asyik 'goreng' emas di kedai cara ini boleh mempengaruhi berat emas kerana permukaannya dikikis sedikit.


5. (__)Mandi tak perlu pakai emas

(--)Elakkan memakai emas ketika mandi kerana produk mandian dan syampu mengandungi bahan kimia yang membuatkan emas pudar.


6. (__)Simpan tempat khas

(--)Simpan emas di dalam kotak khas bagi mengekalkan kualiti dan kilauannya. Simpan di dalam suhu bilik dan elakkan terdedah terus kepada cahaya. Simpan emas di dalam kain sebelum meletakkan di dalam kotak bagi mengelakkan emas tercalar. Dan pastikan emas tak terbelit dan bergeser.


//Tips Kekalkan Kilauan Emas

(--)Elakkan emas terkena sabun terutama ketika membasuh pinggan mangkuk dan pakaian. Kandungan dalam sabun boleh memudarkan emas secara perlahan-lahan.





2. Jangan simpan emas bersama atau berhampiran alat solekan seperti gincu dan minyak wangi. Tindak balas bahan kimia di dalam produk ini bukan sahaja memudarkan emas malah meninggalkan kesan tompokan hitam.


EmoticonEmoticon